Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Memang gembira kalau dapat buka puasa bersama-sama ahli keluarga dan kawan-kawan ataupun rakan sekerja tak kira di mana-mana sahaja. Kali ini, izinkan saya menulis blog dalam Bahasa Melayu dan jikalau ada yang tersilap tulis, sila maafkan saya.
Ramadan Buka Puasa di Flamingo Cafe, Flamingo by the Beach | Pulau Pinang

Kali ini dapat juga berbuka puasa bersama-sama bloggers di kampungku iaitu Pulau Pinang. Dengan ikhlasnya saya ingin berterima kasih kepada En Mokhtar, Asst. F&B Manager di Hotel Flamingo kerana diberi peluang untuk buka puasa bersama-sama.
Jom, tinjau sekejap apa yang ada…
Kalau dah sampai ‘Buffet Line’, memang dah jadi kebiasaan untuk semua buat tinjauan. Tak kiralah dari bahagian kuih-muih ke atau pembuka selera ke ataupun bahagian setor layan diri.
Buka Puasa: Pembuka Selera dan Kerabu
Pembuka selera atau hidangan permulaan memang dah jadi wajib untuk dimakan sebelum sajian utama sebab makanan-makanan yang di hidang bukan sahaja untuk membuka selera malah juga untuk meningkatkan selera selepas bekerja penat di waktu siang.

Di mana ada bufet, Kerabu memanglah pilihan pertama saya. Masam-masam pedas-pedas memang menambahkan lagi selera saya.
Buka Puasa: Sambal
Kalau makan ulam-ulaman, wajib ada sambal. Terdapat 6 jenis sambal yang disediakan.

Buka Puasa: Sajian Utama
Memang banyak pilihan yang disediakan. Dari bahagian bufet hinggalah “action” setor.
Bahagian bufet
Bahagian Setor Layan Diri


Setor bahagian luar



**Kambing bakar sos bbq dan pudina (Hari Jumaat, Sabtu atau Ahad Sahaja)
Buka Puasa: Kuih-Muih & Pencuci Mulut
Aneka buah-buahan,buah kurma, kuih muih melayu, puding mangga, Puding santan,sagu gula Melaka, agar-agar pandan, pengat pisang dan jeli buah-buahan dihidangkan.
Buka Puasa: Minuman (Penutup)
Ada 4 jenis air buah-buahan, kopi dan teh.
Kalau anda ingin tahu apakah menu lain yang terdapat di Hotel Flamingo, Sila hubungi +604 892 7111 atau [email protected]
Seperti biasa, buatlah tempahan dahulu sebelum datang.
Untuk sebarang pertanyanan atau tempahan,
Flamingo By The Beach Penang
Tanjong Bungah,
11200, Tanjong Bungah,
Pulau Pinang, 11200, Malaysia
+604 892 7111
www.flamingo.com.my
* For more about Food + Life . You, do follow us. *
Website: www.foodilifecious.com
Instagram: instagram.com/foodilifecious
FB Group: www.facebook.com/groups/foodilifecious
Fan Page: www.facebook.com/foodilifecious