Marilah Buka Puasa Beramai-Ramai di Hotel Flamingo, Pulau Pinang [REVIEW]

Marilah Buka Puasa Beramai-Ramai di Hotel Flamingo, Pulau Pinang [REVIEW]

Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Memang gembira kalau dapat buka puasa bersama-sama ahli keluarga dan kawan-kawan ataupun rakan sekerja tak kira di mana-mana sahaja. Kali ini, izinkan saya menulis blog dalam Bahasa Melayu dan jikalau ada yang tersilap tulis, sila maafkan saya.

Ramadan Buka Puasa di Flamingo Cafe, Flamingo by the Beach | Pulau Pinang

Buka Puasa
Flamingo Cafe

Kali ini dapat juga berbuka puasa bersama-sama bloggers di kampungku iaitu Pulau Pinang. Dengan ikhlasnya saya ingin berterima kasih kepada En Mokhtar, Asst. F&B Manager di Hotel Flamingo kerana diberi peluang untuk buka puasa bersama-sama.

Jom, tinjau sekejap apa yang ada…

Kalau dah sampai ‘Buffet Line’, memang dah jadi kebiasaan untuk semua buat tinjauan. Tak kiralah dari bahagian kuih-muih ke atau pembuka selera ke ataupun bahagian setor layan diri.

Buka Puasa: Pembuka Selera dan Kerabu

Pembuka selera atau hidangan permulaan memang dah jadi wajib untuk dimakan sebelum sajian utama sebab makanan-makanan yang di hidang bukan sahaja untuk membuka selera malah juga untuk meningkatkan selera selepas bekerja penat di waktu siang.

Ulam-ulam dengan Sambal belacan

Di mana ada bufet, Kerabu memanglah pilihan pertama saya. Masam-masam pedas-pedas memang menambahkan lagi selera saya.

Buka Puasa: Sambal

Kalau makan ulam-ulaman, wajib ada sambal. Terdapat 6 jenis sambal yang disediakan.

Sambal – Cencaluk, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak,Sambal nyor, Budu dan Sambal Kicap dengan Bawang

Buka Puasa: Sajian Utama

Memang banyak pilihan yang disediakan. Dari bahagian bufet hinggalah “action” setor.

Bahagian bufet

Bahagian Setor Layan Diri

Laksa Kedah
Pasembur Sos Ubi Masam dan Manis

Setor bahagian luar

Daging ala Mongolian BBQ
Pisang Goreng
Tandoori Ayam Golek dengan Bawang Jeruk, Raita dan Sambal Pudina

**Kambing bakar sos bbq dan pudina (Hari Jumaat, Sabtu atau Ahad Sahaja)

Buka Puasa: Kuih-Muih & Pencuci Mulut

Aneka buah-buahan,buah kurma, kuih muih melayu, puding mangga, Puding santan,sagu gula Melaka, agar-agar pandan, pengat pisang dan jeli buah-buahan dihidangkan.

Buka Puasa: Minuman (Penutup)

Ada 4 jenis air buah-buahan, kopi dan teh.

Kalau anda ingin tahu apakah menu lain yang terdapat di Hotel Flamingo, Sila hubungi +604 892 7111 atau fnb.pg@flamingo.com.my.

Seperti biasa, buatlah tempahan dahulu sebelum datang.
Untuk sebarang pertanyanan atau tempahan,

Flamingo By The Beach Penang
Tanjong Bungah,
11200, Tanjong Bungah,
Pulau Pinang, 11200, Malaysia
+604 892 7111
www.flamingo.com.my

* For more about Food + Life . You, do follow us. *

Website: www.foodilifecious.com
Instagram: instagram.com/foodilifecious
FB Group: www.facebook.com/groups/foodilifecious
Fan Page: www.facebook.com/foodilifecious

  • Cik za Com

    Salam kenal dari saya http://www.cikza.com
    Nice entry, bagus penulisan bahasa melayu awak.

    • Racheal Loh

      thanks for your compliment Cik Za

  • Miera Nadhirah Rashidi

    the food definitely look appetizing and I would love to try out the food….

  • sherrygo

    wow look at the pics now I am hungry. I wanna go too if I have plan for go Penang

  • wowwwwww i am very hungry nowwwww…the dessert and lemang is my fav!

  • Emily Lowe

    I actually drooled looking at your photos of kerabu. So many choices, so colourful!

  • Abang Fadli

    Very cool ramadhan Buffet. the Mongolian BBQ seem interesting and yUmmy

  • Lia Hasty

    wow bestnya. sedap tengok semua makanan ni.